LUCERNE, Switzerland, 22 Jan (Bernama) -- Neoviva, sebuah pusat pemulihan mewah terkemuka melancarkan program jaminan pertama dan satu-satunya di Switzerland untuk rawatan ketagihan. Dengan pendekatan yang tersusun dan disesuaikan, program Neoviva menangani keperluan unik setiap pelanggan yang menggabungkan kaedah terapeutik terkini dengan penjagaan susulan yang menyeluruh. Jaminan Neoviva ialah bukti keberkesanan Program Signature yang diperibadikan dan mencerminkan keyakinan terhadap kebolehan program tersebut untuk membantu pelanggan mencapai pemulihan yang mampan.
"Rekod kejayaan kami telah cukup terbukti, dengan pelbagai kisah kejayaan pemulihan yang berkekalan. Jaminan Neoviva merupakan cara kami melaksanakan tindakan yang bersandarkan janji kami. Kami begitu yakin dengan keberkesanan program kami sehingga kami sanggup terus menyokong dan membantu pelanggan kami walaupun mereka telah lama menamatkan program dengan kami. Ini bukan sekadar rawatan tetapi ia satu perkongsian seumur hidup dalam pemulihan," tegas Fenina Erpf, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama NEOVIVA, bersama Oliver Neubert yang merupakan Pengasas NEOVIVA.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial