DALLAS, 12 Feb (Bernama) -- Mary Kay Inc., peneraju global dalam sains, inovasi, dan pendidikan wanita muda, meraikan ulang tahun ke-10 Hari Antarabangsa Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan dalam Sains pada 11 Februari dengan acara eksplorasi yang bertujuan menginspirasi generasi baharu pemimpin wanita dalam STEM. Menurut UNESCO, “Wanita hanya merangkumi 35% daripada jumlah pelajar yang mendaftar dalam bidang berkaitan STEM di institusi pengajian tinggi” (UNESCO, 2020).
Seramai 30 pelajar dari Lewisville High School – Harmon Campus tiba di Pusat Pembuatan dan Penyelidikan & Pembangunan (R3) Mary Kay di Lewisville, Texas, di mana mereka disambut dengan kata-kata inspirasi serta perkongsian perjalanan kerjaya STEM oleh Nichole Jones-Dooley, Naib Presiden Pembuatan Amerika Utara di Mary Kay. Para pelajar kemudian mengikuti lawatan berpandu ke fasiliti berteknologi tinggi itu, sambil meneroka pelbagai peluang kerjaya berkaitan STEM dalam industri kecantikan dan pembuatan global.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial