RICHARDSON, Texas, 28 Feb (Bernama) -- Mavenir, penyedia infrastruktur rangkaian asli awan yang membina masa depan rangkaian, hari ini mengumumkan pencapaian luar biasa dengan tindanan penuh rangka kerja AI miliknya, Network Intelligence as a Service (NIaaS). Buat kali pertama secara global, Agen AI langsung berasaskan pembelajaran pengukuhan (RL) mendalam – sebuah komponen penting bagi NIaaS Mavenir – mengawal secara autonomi dan menjalankan pengoptimuman gelung tertutup penuh bagi pengoperasian rangkaian 5G bukan kendiri (NSA) yang membawakan lebih daripada 40% perolehan dalam petunjuk prestasi utama (KPI) berkaitan mobiliti dalam rangkaian akses radio (RAN). Peningkatan prestasi yang ketara juga menjimatkan kos, kerana NIaaS hanya beroperasi pada CPU di lapangan dan bukannya GPU. Dihoskan di Pengawal Cerdas RAN Mavenir, NIaaS telah membuktikan pencapaian penting ini dalam penyusunan RAN Terbuka dengan dua operator NSA 5G Peringkat 1 di Asia Selatan, dengan setiap satu penyusunan berutusan dengan lebih 25 tapak serta lebih 100 sel LTE dan New Radio (NR).
Memperkenalkan keupayaan AI telekomunikasi julung kali dalam kategorinya untuk operasi skala besar RAN Terbuka, NIaaS Mavenir telah mengurangkan kadar serahan tidak stabil (termasuk ping-pong mobiliti, serahan terlalu lambat, serahan terlalu awal, kegagalan pautan radio dan serahan salah sel) secara signifikan pada 40% sehingga 60% untuk komponen KPI agregat dan KPI individu, lalu meningkatkan keteguhan mobiliti bagi pelanggan mudah alih 4G/5G dalam rangkaian langsung.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial