LANTRONIX MENGUASAKAN PENYELESAIAN KAMERA DIDAYAKAN AI GENERASI AKAN DATANG DENGAN PENYEPADUAN TERMA TELEDYNE FLIR YANG LANCAR

05/03/2025 10:06 AM

IRVINE, California, 5 Mac (Bernama) -- Lantronix Inc. (NASDAQ: LTRX), sebuah syarikat peneraju global pengiraan dan ketersambungan bagi penyelesaian IoT yang mendayakan Kecerdasan AI Edge, hari ini mengumumkan kejayaan dalam teknologi kamera dikuasakan AI dengan penyepaduan lancar penyelesaian Sistem dalam Modul (SoM) Open-Q™ berprestasi tinggi yang merangkumi perkakasan dan perisian yang dilengkapi modul kamera inframerah (IR) terma atau haba Teledyne FLIR dan perisian terbenam Prism™. Penyepaduan ini akan mempercepatkan pembangunan penyelesaian kamera yang didayakan AI generasi akan datang dalam bidang navigasi/dron, pengawasan dan robotik berautonomi.

Penyelesaian ini dikuasakan oleh SoM Open-Q Lantronix yang canggih, berlandaskan platform pemproses Qualcomm Dragonwing™ QRB5165 dan QCS8250. Ia menghasilkan keupayaan pemprosesan yang tiada tandingan bagi kesedaran situasi dipacu AI, pengimejan pengiraan yang maju dan pembuatan keputusan dalam masa nyata. Penyepaduan teknologi Lantronix yang lancar memberikan kelebihan daya saing yang membolehkan pembangun mencipta penyelesaian kamera AI berprestasi tinggi, serta saiz, berat dan kuasa (SWaP) optimum yang melangkaui sempadan inovasi.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan