KUMPULAN AMBANK RAIKAN RAMADAN DAN AIDILFITRI DENGAN DUA KARNIVAL DAN TIGA BAZAR SEMPENA ULANG TAHUN KE-50 AMBANK

12/03/2025 04:11 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Kumpulan AmBank mempersembahkan "AmBank Fiesta@The Curve; dan “AmBank Bazar Ramadan@Foodpark, Matic", siri karnival perayaan yang menghimpunkan rakyat Malaysia bersama-sama dalam semangat perpaduan dan perayaan yang sebenar. Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-50 AmBank yang bertemakan "Malaysia Kita", acara ini mencerminkan komitmen mendalam Bank kepada rakyat dan komuniti yang dilayaninya.

Berlangsung di dua lokasi bandar utama - The Curve, Kota Damansara; dan Foodpark, Matic di Jalan Ampang, Kuala Lumpur – karnival-karnival ini menampilkan lebih 300 vendor, penjual dan penjaja yang menawarkan pelbagai barangan keperluan perayaan, daripada fesyen dan kenang-kenangan Raya, dan juadah Malaysia yang paling digemari. Antara yang mengambil bahagian ialah rakan kongsi penjenamaan AmBank – Ibupreneur, MySkills Foundation dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) yang turut tampil menjual hidangan kegemaran perayaan. Karnival-karnival ini turut menampilkan selebriti-selebriti tempatan yang menjual produk-produk mereka.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan