EXP REALTY DILANCARKAN DI PERU, MEWUJUDKAN PELUANG TIADA TANDINGAN UNTUK EJEN MEMBINA MASA DEPAN

24/03/2025 10:38 AM

BELLINGHAM, Washington, 24 Mac (Bernama) -- eXp Realty®, sebuah syarikat broker hartanah bebas terbesar di dunia dan anak syarikat eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI), hari ini mengumumkan pelancaran perniagaannya di Peru yang merupakan pasaran antarabangsa ke-25 syarikat itu. Pencapaian ini akan mengukuhkan lagi kehadiran global eXp World Holdings, Inc. serta menawarkan laluan mantap kepada ejen hartanah di Peru bagi mencapai kejayaan, pembinaan kekayaan dan kerjasama global.

“Dengan mengembangkan operasi ke Peru, kami terus mengorak langkah berani dalam membina pembrokeran hartanah yang paling berpusatkan ejen di dunia,” kata Glenn Sanford, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi eXp World Holdings. “Tidak seperti pembrokeran tradisional yang mengehadkan pertumbuhan ejen, eXp memperkasakan mereka dengan menyediakan model perniagaan yang memberikan ganjaran bagi kejayaan mereka, memacu pembangunan profesional mereka dan menghubungkan mereka dengan komuniti global yang berkembang maju. Ejen-ejen di Peru kini mempunyai akses kepada peluang yang unik untuk mengembangkan perniagaan mereka dan dapat mengawal sepenuhnya kerjaya mereka.”

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan