MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN FORENSIK KASTAM MELALUI PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI OLEH TDA

14/04/2025 04:12 PM

CYBERJAYA, April 14 (Bernama) -- Technology Depository Agency Berhad (TDA), agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, telah memainkan peranan penting dalam pencapaian ini. Melalui dasar perolehan strategik Program Kolaborasi Industri (ICP), TDA memastikan perolehan kerajaan memberikan manfaat yang berimpak tinggi kepada negara. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran tetapi juga memudahkan pemindahan teknologi canggih luar negara ke Malaysia, menggalakkan kerjasama antara institusi pendidikan dan syarikat antarabangsa serta tempatan.

Perasmian Makmal Digital Forensik Kastam adalah bukti kejayaan pelaksanaan dasar ICP kepada negara. Pelaburan melalui Program Kolaborasi Industri (ICP) yang melibatkan obligasi Syarikat Lembah Sari Sdn Bhd adalah untuk menaiktaraf Makmal Digital Forensik JKDM bernilai RM8.5 juta, dengan kelengkapan alat analisis untuk Makmal Forensik Dokumen, Makmal Forensik Komputer, Makmal Forensik Telefon dan Makmal Forensik Audio Video. Inisiatif ini merupakan kolaborasi ICP terkini bagi penaiktarafan makmal-makmal forensik yang mana sebelum ini telah siap disempurnakan bagi Makmal Forensik Cheras Polis Diraja Malaysia (PDRM). Melalui ICP, fasiliti yang melibatkan forensik PDRM seperti Makmal CSI, Makmal Digital, Makmal Satelit, Makmal Audio dan Unit Cap Jari telah dinaiktaraf dengan kelengkapan teknologi terkini bernilai RM2.3juta. Program Kolaborasi Industri ini menekankan komitmen kerajaan untuk memanfaatkan perolehan strategik bagi kemajuan negara.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan