KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan ini ingin menegaskan bahawa kenyataan mana-mana pemimpin politik yang mengutamakan kemenangan politik berbanding ibadah haji dan umrah dipetik dalam konteks yang tidak wajar dan boleh menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Haji sebagai rukun Islam kelima, merupakan kewajiban yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang berkemampuan, sebagaimana termaktub dalam al-Quran, Surah Ali Imran, ayat 97 dan sesekali tidak mengengkari kewajipannya. Umrah pula adalah ibadah sunat yang amat digalakkan, yang membawa ganjaran spiritual yang besar seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW: “Satu umrah ke satu umrah yang lain adalah penghapus dosa antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial