KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-27 pada 22 April 2025 untuk berkongsi prestasi Syarikat dengan pemegang sahamnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. AGM tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi PCG, Datuk Sazali Hamzah, bersama ahli Lembaga Pengarah, serta dihadiri oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail dan Ketua Pegawai Kewangan PCG, Mohd Azli Ishak. Mazuin turut berkongsi prestasi, pelan pembangunan serta pandangan Syarikat bagi 2025.
Peningkatan Prestasi Operasi dan Komersil
Pada tahun 2024, PCG menzahirkan operasi serta komersil yang kukuh meski menghadapi pelbagai cabaran besar termasuk gangguan geopolitik, kenaikan kos tenaga, serta lambakan bekalan berterusan. Faktor-faktor ini menyumbang kepada tekanan inflasi dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan lagi impak kepada industri kimia yang sudah tinggi persaingannya.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial