BUFFALO, N.Y., 15 Mei (Bernama) -- Joblio yang merupakan sebuah platform perekrutan etika bertaraf global, dilancarkan secara rasmi hari ini bagi menangani sistem migrasi tenaga kerja yang telah lama terjejas oleh perantara yang mengeksploitasi, yuran perekrutan pekerja yang tinggi dan pencabulan hak asasi manusia. Dengan model berpandukan teknologi, Joblio menghubungkan pekerja yang telah disaring terus kepada majikan, sekali gus menghapuskan peranan perantara yang tidak beretika dan memastikan proses pengambilan pekerja asing dilakukan tanpa sebarang kos kepada mereka. Akses kepada bakat ditanggung oleh majikan, namun pekerja tidak pernah dikenakan bayaran, ini merupakan satu langkah penting dalam usaha menamatkan eksploitasi.
Misi Berteraskan Pengalaman Peribadi
Joblio diterajui oleh Jon Purizhansky, seorang pelarian yang menjadi usahawan selepas melalui sendiri cabaran dalam proses migrasi. Dipaksa meninggalkan negara asalnya ketika masih muda, Jon merasai sendiri ketidaktentuan dan kerentanan yang masih dialami oleh jutaan pekerja migran hari ini. Kini, beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pakar dalam undang-undang migrasi tenaga kerja global dan mobiliti tenaga kerja antarabangsa. Jon membangunkan Joblio dengan matlamat untuk melindungi pekerja serta mempromosikan proses pengambilan pekerja yang telus dan beretika.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial