FITELL CORPORATION MELANCARKAN PERBENDAHARAAN ASET DIGITAL SOLANA (SOL) DENGAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN SEHINGGA $100 JUTA, FOKUS PADA PULANGAN DAN INOVASI DEFI ON-CHAIN

25/09/2025 05:35 PM

Taren Point, Australia, 25 Sept (Bernama) -- Fitell Corporation (NASDAQ: FTEL) (“Fitell” atau “Syarikat”), penyedia global peralatan kecergasan dan penyelesaian kesihatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh kemudahan pembiayaan sehingga $100 juta bagi menyokong pelancaran strategi perbendaharaan Solana miliknya, sekali gus menjadikannya perbendaharaan aset digital berasaskan Solana yang pertama di Australia.

Sorotan Utama

• Peta Jalan DeFi dan Pulanganl: Direka untuk menjana pulangan yang tinggi dengan menggunakan aset SOL dalam rangkaian strategi DeFi dan derivatif on-chain yang pelbagai. Ini merangkumi produk berstruktur seperti opsyen, snowball, penyediaan kecairan secara on-chain serta strategi cair lain dengan kawalan risiko penurunan nilai yang berkesan. Setiap pendekatan menawarkan tahap pulangan, penjanaan alpha dan tempoh pelaburan yang berbeza. Hasil yang dijana akan dilaburkan semula ke dalam rizab perbendaharaan, mempercepat pengumpulan SOL secara kompaun, meningkatkan nilai SOL setiap saham dan mengukuhkan penjajaran dengan komuniti Solana.

• Penyenaraian Berganda di Australia: Fitell telah memulakan langkah ke arah penyenaraian berganda di Bursa Sekuriti Australia (ASX), bagi memperluaskan akses dan pendedahan pelabur serantau kepada SOL.

• Penjenamaan Semula: Berikutan pelancaran awal perbendaharaan Solana, syarikat merancang untuk menjenamakan semula kepada “Solana Australia Corporation”.

• Keselamatan: Aset SOL awal akan dipegang secara kustodian oleh BitGo Trust Company, Inc. di Amerika Syarikat dan dipertaruhkan (staked) melalui infrastruktur bertaraf institusi.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan