BEIJING, 26 Sept (Bernama) -- Presiden Xi Jinping pada hari Rabu membentangkan Sumbangan Ditentukan Secara Nasional (NDC) 2035 China, dengan komitmen untuk mengurangkan pelepasan bersih gas rumah kaca di seluruh ekonomi sebanyak 7 hingga 10 peratus daripada paras puncak. Selain itu, China berhasrat meningkatkan kapasiti terpasang tenaga angin dan solar kepada lebih enam kali ganda berbanding paras tahun 2020, dengan sasaran jumlah keseluruhan mencecah 3,600 gigawatt.
“Marilah kita semua memperhebatkan tindakan untuk merealisasikan visi indah keharmonian antara manusia dan alam semula jadi, serta memelihara planet Bumi – tempat yang kita panggil rumah,” kata Xi dalam ucapan video beliau kepada Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial