BENGKEL HIBAH SEBAGAI INSTRUMEN PERANCANGAN HARTA KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA

29/09/2025 03:35 PM

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menganjurkan “Bengkel Hibah Sebagai Instrumen Perancangan Harta Keluarga Islam di Malaysia” pada 27 September 2025 di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Program ini merupakan salah satu usaha IKIM untuk menyebarkan kefahaman kepada masyarakat mengenai kepentingan hibah dari aspek hukum syarak. Program ini juga turut menyampaikan pengetahuan berkaitan perbezaan antara hibah mutlak, hibah ‘umra serta ruqba dan hibah amanah. Bengkel ini juga akan memberi pendedahan dan bimbingan kepada peserta berkaitan penyediaan dokumentasi hibah.

Program ini bermula dengan pembentangan Sesi 1 bertajuk “Hibah: Hukum-Hakam” disampaikan oleh Dr. Mohd. Zamro bin Muda, Timbalan Dekan Prasiswazah, Fakulti Pengajian Islam, Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sesi ini dikendalikan oleh Puan Siti Shamsiah bt. Md Supi, Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat SYARAK IKIM. Pembentang menyatakan bahawa secara tradisinya, hibah berfungsi sebagai cara utk mengagihkan harta kekayaan bertujuan untuk menyemai perasaan kasih dan sayang dalam kalangan orang Islam--terutama kaum kerabat--di samping membantu mereka yang memerlukan. Antara yang menarik dalam tajuk ini ialah perbincangan hukum samarata dalam melaksanakan hibah kepada anak-anak. Adakah boleh melebihkan pemberian kepada anak tertentu berbanding dengan anak-anak lain?

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan