AT&S MEMPERKUKUHKAN PENGLIBATAN KOMUNITI DI KULIM

01/10/2025 12:59 PM

KULIM, 1 Okt (Bernama) -- AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd baru-baru ini menganjurkan program komuniti di Kulim yang memberikan fokus utama kepada “STEM” (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Dengan tujuan untuk memperkukuhkan penglibatan komuniti, “AT&S ‘Santuni’ Komuniti Kampung Seluang” telah berlangsung selama setengah hari di Sekolah Kebangsaan Kampung Seluang. Program tersebut dihadiri dan disokong oleh lebih kurang 150 murid-murid, guru-guru, para ketua komuniti dan para pekerja AT&S.

“AT&S ‘Santuni’ Komuniti Kampung Seluang” adalah program penglibatan komuniti berasaskan tujuan yang mempunyai dua objektif utama. Pertama, untuk meningkatkan rasa minat murid-murid dalam “STEM” untuk memupuk bakat dalam kejuruteraan dan sains dengan lebih banyak dalam Malaysia. Lebih kurang 60 murid-murid diperkenalkan dua jenis aktiviti STEM secara praktikal. Aktiviti-aktiviti ini dibimbing oleh para jurutera AT&S. Tambahan itu, AT&S telah menderma “smart TV” bagi menyokong sekolah tersebut dengan e-pembelajaran dan program pembelajaran interaktif.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan