KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Okt (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare”), penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia, telah menjalin kerjasama strategik dengan NetSfere, penyedia global bagi penyelesaian pemesejan dan kolaborasi perusahaan yang selamat, untuk melancarkan platform komunikasi terenkripsi di 30 hospital dalam rangkaiannya di seluruh negara.
Di bawah kerjasama ini, NetSfere akan membekalkan KPJ Healthcare dengan platform komunikasi yang selamat, patuh peraturan dan dikendalikan secara berpusat bagi melindungi maklumat sensitif, disamping membolehkan kolaborasi lancar dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan. Platform ini menawarkan penyulitan hujung ke hujung, panggilan suara dan video, perkongsian fail yang selamat serta kawalan pentadbiran IT lanjutan untuk menyokong pematuhan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia (“PDPA”) dan piawaian industri penjagaan kesihatan.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial