BEAVERTON, Oregon, 6 Okt (Bernama) -- Datavault AI Inc. (Nasdaq: DVLT), peneraju dalam visualisasi data, penilaian dan pengewangan yang dipacu oleh AI, hari ini mengumumkan dua kerjasama strategik bersama Cutting Edge Sports Management dan FN Esports.
Kerjasama ini akan mengukuhkan lagi integrasi teknologi inovatif syarikat dalam sektor sukan dan hiburan, dengan memberi penekanan kepada keadilan statistik dalam pemilihan atlet, akses yang lebih mudah melalui proses tokenisasi berasaskan rantaian blok, serta pemerkasaan kesihatan dan kesejahteraan bagi golongan profesional yang bercita-cita tinggi. Dengan memilih Datavault AI bagi penajaan bertoken dan proses jemputan berasaskan statistik, Dream Bowl XIV menerajui era baharu perlawanan persediaan kolej yang menampilkan atlet bola sepak kolej dan e-sukan terbaik, sekali gus merevolusikan landskap tokenomik sukan dan hiburan.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial