SINGAPURA, 9 Okt (Bernama) -- SISTIC telah menjalin kerjasama strategik dengan AXS, bahagian penjualan tiket global milik Anschutz Entertainment Group (AEG) yang berpangkalan di Amerika Syarikat akan mengambil pegangan majoriti dalam SISTIC. Dengan kehadiran SISTIC yang kukuh dan dipercayai dalam industri acara di Singapura, serta rangkaian global dan teknologi penjualan tiket inovatif milik AXS, perkongsian strategik ini akan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab hiburan utama serta meningkatkan reputasinya sebagai destinasi sukan dan gaya hidup terkemuka.
Sebagai peneraju global dalam teknologi sukan dan hiburan langsung, AXS, anak syarikat milik penuh AEG, menyokong jenama-jenama terkenal dalam industri sukan dan hiburan. Portfolio pelanggan AXS yang pelbagai merangkumi lokasi ikonik, pasukan sukan, festival dan acara langsung di seluruh Amerika Utara, United Kingdom, Perancis, Jerman, Sweden, Jepun, Australia dan New Zealand, serta terus memperluaskan kehadiran globalnya. Dengan pegangan strategik dalam SISTIC, AXS akan menawarkan lebih banyak acara dan aktiviti hiburan langsung yang pelbagai di Singapura dan rantau ini.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial