PETALING JAYA, 14 Okt (Bernama) -- SD Guthrie Berhad (Guthrie) mengumumkan 948 penempatan kerja di ladang-ladang sawitnya di seluruh negara di bawah program perintegrasian semula banduan. Inisiatif tersebut juga merupakan yang terbesar yang pernah dilaksanakan oleh sebuah syarikat perladangan di Malaysia sejak Jabatan Penjara Malaysia (JPM) memperkenalkan program Latihan Pintar Korporat (Corporate Smart Internship atau ‘CSI’) pada 2016.
Program CSI membantu banduan yang dibebaskan awal untuk berintegrasi semula ke dalam masyarakat dengan memberi mereka latihan sambil bekerja dan penempatan kerja melalui kerjasama dengan sektor swasta. Kerjasama Guthrie dengan JPM, yang bermula sejak 2019, menyokong perintegrasian semula dua kumpulan individu ke dalam masyarakat: Banduan Dikategorikan sebagai ‘Orang Diparol’ (ODP) dan ‘Orang Bebas Berlesen’ (OBB). Guthrie menyasarkan untuk mengambil lebih 450 individu daripada setiap kategori, bagi mengisi kekosongan kerja sedia ada.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial