HONG KONG, 15 Okt (Bernama) -- Edisi ke-20 Eco Expo Asia, bertemakan Inovasi Hijau ke Arah Keneutralan Karbon, akan berlangsung dari 28 hingga 31 Oktober di AsiaWorld-Expo, menghimpunkan lebih daripada 300 pempamer dari 12 buah negara dan wilayah. Pameran ini akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama – Ekonomi Kitaran dan Pengurusan Sisa, Mobiliti Hijau & Pintar, serta Perkhidmatan berkaitan ESG yang menampilkan pelbagai penyelesaian untuk pemeliharaan alam sekitar dan menggalakkan peluang perniagaan hijau.
Timbalan Pengarah Eksekutif HKTDC, Jenny Koo, berkata: “Sebagai platform perniagaan untuk penyelesaian ESG dan kelestarian, Expo ini akan mempamerkan produk dan teknologi terkini dalam tenaga baharu, gaya hidup hijau serta perlindungan alam sekitar. Tahun ini, Eco Expo Asia akan menarik lebih 300 pempamer dari 12 negara dan wilayah, dengan penyertaan kukuh daripada pembekal kerajaan dari Tanah Besar China, serta negara ASEAN dan Belt and Road, sekali gus membantu industri di seluruh dunia merebut peluang besar yang dicipta oleh ekonomi hijau.”
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial