NEW YORK, 22 Okt (Bernama) -- Carbon Measures, sebuah gabungan global baharu yang mewakili perniagaan utama daripada pelbagai industri dan rantau, dilancarkan hari ini bagi mewujudkan rangka kerja perakaunan karbon yang lebih tepat serta menggalakkan penyelesaian berasaskan pasaran untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan kos paling rendah.
Usaha gabungan ini akan memanfaatkan sains yang kukuh serta prinsip perakaunan kewangan untuk membangunkan rangka kerja perakaunan karbon berasaskan lejar yang jauh lebih tepat, menghapuskan pengiraan berganda dan menangani jurang maklumat sedia ada. Dengan menjejak pelepasan dengan lebih teliti di seluruh ekonomi global, rangka kerja baharu ini akan membantu perniagaan membezakan produk mereka dan membolehkan kerajaan membuat keputusan dasar yang lebih bermaklumat.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial