GENERALI MALAYSIA DAN PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA (MNS) BERGANDING BAHU MEMULIHARA PANTAI BAGAN LALANG

23/10/2025 06:34 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Generali Malaysia bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah menganjurkan inisiatif alam sekitar yang penuh bermakna di Pantai Bagan Lalang pada 18 Oktober 2025. Program ini menghimpunkan warga kerja Generali untuk meluangkan sehari menjalankan aktiviti berimpak tinggi yang tertumpu pada pemulihan dan perlindungan ekosistem pesisir pantai Malaysia.

Program ini dimulakan dengan aktiviti pembersihan pantai yang bertujuan untuk mengurangkan sisa buangan berbahaya seperti serpihan plastik, puntung rokok dan bahan pencemar lain yang boleh mengancam hidupan marin serta kesejahteraan ekosistem pantai. Seramai 65 sukarelawan berkerjasama untuk mengutip dan melupuskan sisa dengan cara yang betul bagi melindungi biodiversiti marin daripada bahaya terjerut atau tertelan, meningkatkan kualiti air serta mengurangkan risiko kesihatan bagi hidupan laut dan pengunjung pantai. Lebih 220 kilogram sampah berjaya dikutip sepanjang aktiviti tersebut.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan