KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan” di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Oktober 2025.
Sidang-Sidang Kemuncak ini merangkumi Sidang Kemuncak ASEAN, Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN Campur Satu di antara ASEAN dan tujuh (7) Rakan Dialog ASEAN, iaitu Australia, China, India, Jepun, Republik Korea, Rusia dan Amerika Syarikat, serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Sidang Kemuncak ASEAN–Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-New Zealand menandakan 50 tahun ulangtahun hubungan dialog antara ASEAN dan New Zealand.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial