GENERALI MALAYSIA MENCAPAI TIGA PENSIJILAN BANGUNAN HIJAU: GREENRE, SIJIL EMAS BANGUNAN HIJAU LEED DAN SIJIL PEJABAT HIJAU PULAU PINANG

03/11/2025 04:34 PM

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Generali Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa ruang pejabatnya di Menara Generali telah menerima anugerah sijil Perak GreenRE, selain sijil Emas Bangunan Hijau LEED yang telah diterima di bawah kategori operasi dan penyelenggaraan hijau. LEED atau Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (Leadership in Energy and Environmental Design) merupakan penarafan bangunan hijau yang paling diiktiraf di dunia, yang dibangunkan oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika (U.S. Green Building Council), manakala GreenRE pula ialah pensijilan bangunan hijau terkemuka di Malaysia oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), yang memberi tumpuan kepada iklim serta pengawalseliaan tempatan, di samping menggalakkan kecekapan tenaga dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Selain itu, pejabat Generali Malaysia di Pulau Pinang merupakan cawangan pertama yang menerima sijil Pejabat Hijau Pulau Pinang oleh Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC) atas inisiatif bumbung panel solar, sistem kecekapan tenaga, pengurangan sisa, penjimatan air dan amalan perolehan hijau.

Pengiktirafan ini menegaskan komitmen kukuh Generali Malaysia terhadap kelestarian dan pengurusan alam sekitar, selaras dengan aspirasi globalnya untuk menjadi Rakan Sepanjang Hayat kepada pelanggan, kakitangan dan komuniti. Pencapaian ini mencerminkan perlaksanaan amalan bangunan lestari, sistem pengurusan tenaga dan air yang cekap, serta reka bentuk tempat kerja yang mesra alam. Semua ini dapat mengurangkan kesan terhadap alam sekitar di samping mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan produktif untuk kakitangan serta pelanggan.

 

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan