TRAGEDI BEREBUT HARTA KELUARGA CETUS KESEDARAN BAHARU: IKIM SERAH RESOLUSI SIFAR HARTA BEKU ISLAM 2030 KEPADA YBTM

06/11/2025 10:00 AM

BANGI, 6 Nov (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menyerahkan Resolusi Pelan Tindakan Sifar Harta Beku Islam 2030 kepada YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sempena Persidangan Pengurusan Harta Keluarga Islam 2025 bertemakan “Memacu Transformasi Perwarisan Islam ke Arah Sifar Harta Beku” di Hotel Tenera, Bangi.

Persidangan ini disertai lebih 200 peserta secara hibrid daripada pelbagai latar belakang termasuk pakar syariah, undang-undang, ekonomi, ahli akademik dan pengamal industri kewangan Islam bagi membincangkan isu harta beku umat Islam yang dianggarkan melebihi RM61 bilion. Perbincangan turut menyorot bagaimana kelemahan perancangan harta dan pertikaian keluarga bukan sahaja menjejaskan ekonomi, malah telah membawa kepada tragedi sosial termasuk kes pembunuhan keluarga baru-baru ini akibat perebutan pusaka.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan