VICTORIA, Seychelles, 15 Dis (Bernama) -- Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar dunia, telah memperluaskan inisiatif Blockchain4Youth (B4Y) menerusi pelaksanaan Starlink berskala besar yang membawakan internet satelit berkelajuan tinggi ke enam sekolah di Surigao del Norte, Siquijor dan Negros Oriental. Bitget telah menyediakan sambungan internet yang stabil kepada lebih 7,300 pelajar dan lebih 100 orang guru, menjadikannya antara usaha keterangkuman digital paling bermakna di komuniti pulau terpencil di Filipina.
Program ini kini menyokong Espoir School of Life dan Lasala Integrated School di Surigao del Norte; Apo Elementary School serta Arts & Design Collective Dumaguete di Negros Oriental; dan Siquijor State College serta Siquijor Provincial Science High School di Siquijor. Bagi sebahagian besar sekolah ini, inisiatif tersebut merupakan kali pertama mereka memperoleh akses internet berkelajuan tinggi yang stabil, sekali gus memperbaharui kaedah pengajaran di bilik darjah serta proses penyediaan bahan pengajaran oleh guru. Sebelum ini, beberapa kampus bergantung sepenuhnya kepada lembaran kerja bercetak berikutan sambungan internet yang tidak stabil atau langsung tidak tersedia.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial