AXI: KRIPTO SEBAGAI KOMPONEN STRATEGIK PORTFOLIO UNTUK PEDAGANG & PELABUR PADA 2026

16/12/2025 09:31 AM

SYDNEY, 16 Dis (Bernama) -- Seiring dengan evolusi pasaran kewangan global, Axi menegaskan bahawa mata wang kripto — yang boleh diakses melalui platformnya serta penawarannya dengan menyediakan kripto berterusan (“perps”) yang semakin berkembang — wajar diberi kedudukan penting dalam perancangan portfolio terpelbagai bagi tahun 2026. Dagangan kripto semakin beralih kearah derivatif, dengan niaga hadapan berterusan kini menjadi teras aktiviti aset digital di peringkat global. Data terkini menunjukkan bahawa niaga hadapan berterusan menyumbang kira-kira 68% daripada jumlah dagangan Bitcoin dan sekitar 76% daripada jumlah keseluruhan derivatif kripto global pada tahun 2025, sekali gus menonjolkan pertumbuhan berterusan serta pengaruhnya yang semakin kukuh.

Sejajar dengan peralihan ini, Axi telah memperluaskan rangkaiannya dengan menawarkan lebih daripada 150 kontrak niaga hadapan berterusan yang merangkumi token utama dan yang sedang muncul. Sekali gus memberikan pedagang pendedahan mendalam dalam satu platform bersepadu yang dikawal selia. Dengan derivatif mendominasi pasaran kripto global, platform Axi menyediakan kecairan, kebolehcapaian dan fleksibiliti yang dijangkakan oleh pedagang moden — termasuk akses pasaran 24/7 serta keupayaan menggunakan leveraj dalam suasana yang terkawal dan patuh peraturan. Pendekatan ini mencerminkan kepelbagaian instrumen kewangan tradisional sambil menawarkan pendedahan kepada landskap aset digital yang berkembang pesat.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan