PIC PERKUKUH PELUANG PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK KOMUNITI PENGERANG

18/12/2025 01:19 PM

PENGERANG, Johor, 18 Dis (Bernama) -- Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) pada 9 Disember melancarkan program PIC Literasi dan Numerasi (PLaN), sebagai usaha memperkasakan ilmu di kalangan anak-anak masyarakat setempat melalui pendekatan sistematik dalam penguasaan asas literasi dan numerasi.

PLaN adalah hasil kerjasama strategik antara PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC) dan Pengerang Terminals (Two) Sdn Bhd (PT2SB). Program ini turut menerima sokongan daripada Majlis Perbandaran Pengerang melalui Yayasan Makmur Pengerang, yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan pendidikan di Pengerang.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan