TOSHIBA LANCAR GEGANTI FOTO KECIL DENGAN PENARAFAN 135°C UNTUK OPERASI PERALATAN SUHU TINGGI

26/02/2026 02:53 PM

KAWASAKI, Jepun, 26 Feb (Bernama) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") melancarkan empat geganti foto dipacu voltan, iaitu, “TLP3407SRB,” “TLP3412SRB,” “TLP3412SRHB,” dan “TLP3412SRLB” yang ditempatkan dalam pakej kecil S-VSON4T. Geganti foto baharu ini menawarkan penarafan suhu operasi maksimum sehingga 135°C bagi peralatan yang beroperasi dalam persekitaran suhu tinggi. Penghantaran volum bermula hari ini.

Kemajuan dalam elektrifikasi dan pemanduan autonomi kini memerlukan pembungkusan komponen elektronik berketumpatan tinggi dalam peralatan automotif. Perkembangan ini telah meningkatkan suhu operasi semikonduktor automotif dan pengujian dalam keadaan serupa diperlukan bagi menilai kebolehpercayaan. Sehubungan itu, peralatan seperti penguji, peralatan burn-in, kad prob dan peranti lain untuk semikonduktor automotif perlu beroperasi pada suhu tinggi, termasuk geganti foto yang digunakan dalam sistem berkenaan.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan