SUKAN > BERITA

TERBUKA CHINA: YEW SIN-EE YI MUDAH KE SUKU AKHIR

19/09/2024 07:53 PM

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pasangan beregu profesional lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke suku akhir Terbuka China 2024 hari ini.

Pada pusingan kedua kejohanan berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou, Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking ke-23 dunia tidak berdepan masalah mencatat kemenangan mudah ke atas beregu Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-19, 21-14 dalam tempoh 35 minit.

Ia sekali gus merupakan kemenangan ketiga buat Yew Sin-Ee Yii apabila pernah menewaskan pasangan itu pada dua pertemuan di pentas suku akhir tahun lepas.

Menanti Yew Sin-Ee Yi di pusingan suku akhir esok ialah pemenang aksi melibatkan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau Andreas Søndergaard-Jesper Toft dari Denmark.

Turut mengikut jejak langkah mereka, beregu lelaki negara yang baharu sahaja bergerak secara profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani setelah menewaskan rakan senegara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King 21-14, 25-23, sekali gus dijadual bertemu satu lagi pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang terdahulu menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.

Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula menewaskan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand 21-16, 21-12 untuk menempah pertemuan dengan wakil tuan rumah Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di suku akhir.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan