SUKAN > BERITA

LTDL2024: MPC HARAP ADA 'TUAH' DI PERINGKAT KELIMA

02/10/2024 06:34 PM

BENTONG, 2 Okt (Bernama) -- Pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) berharap laluan peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dari Kuala Lumpur ke Melaka esok, akan menghadirkan tuah selepas kayuhan kurang memberangsangkan hari ini.

Pengarah Sukan MPC Mohd Sayuti Mohd Zahit berkata laluan sejauh 167.3 kilometer (km) itu tidak asing kepada mereka kerana sering menjalani latihan pendakian di Bukit Hantu serta Bukit Mantin.

"Kita punya kesilapan tadi semasa 25km terakhir ketika mengambil minuman. Agak lambat ketika itu kerana mereka (peloton) tengah laju dan agak tercicir sikit, dan mereka cuba kejar tetapi tidak dapat.

"Itu (Kuala Lumpur-Melaka) kita punya tempat latihan jadi kita tidak ada masalah dengan zon pendakian seperti Bukit Hantu dan Mantin. Sebab semenangnya tempat latihan kami di situ," katanya.

Terdahulu, peringkat keempat LTdL dari Kuala Kubu Bharu ke Bentong sejauh 131.2km menyaksikan Muhammad Zawawi Azman menjadi pelumba terpantas pasukan melintasi garisan penamat dengan menduduki tempat ke-71 daripada 125 pelumba.

Sementara itu, pelumba domestik pasukan Muhammad Zawawi Azman mahu menebus kembali prestasi hambar di peringkat keempat hari ini selepas bergelut dengan kekejangan otot pada 10km terakhir.

"Hari ini memang agak sukar. Banyak pasukan menyasarkan untuk menang namun tidak dapat capai. Kami sudah memberikan yang terbaik namun hari ini sangat sukar dengan pendakian jauh serta pelumba lain sangat laju.

“Badan penat sikit dan berharap dapat pulih dengan secepat mungkin kerana saya mengalami kekejangan yang teruk. Saya perlukan rehat yang cukup," katanya.

Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn muncul juara peringkat keempat perlumbaan LTdL 2024 hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan