SUKAN > BERITA

MALAYSIA BAKAL TUAN RUMAH KEJOHANAN KIUB RUBIK ASIA 2024

03/10/2024 05:45 PM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Persatuan Sukan Kiub Malaysia berjaya mendapatkan hak penganjuran Kejohanan Kiub Rubik Asia WCA tahun ini yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Grand IOI Putrajaya dari 1 hingga 4 Nov depan.

Ini susulan kejayaan penganjuran Kejohanan Kiub Malaysia pada 2023 dan 2024 dengan tahun ini menandakan ulang tahun ke-15 pertandingan kiub yang disahkan Persatuan Kiub Dunia (WCA) di Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata beliau gembira Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Kiub Rubik Asia tahun ini kerana kejohanan sebelum ini telah menarik penyertaan lebih 1,000 peserta dari kira-kira 50 negara.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Persatuan Sukan Kiub Malaysia atas kejayaan mereka memenangi bidaan untuk menganjurkan acara berskala besar ini dan menyediakan platform untuk bakat tempatan kita bersaing. Saya mendoakan yang terbaik kepada para peserta ketika mereka terus mempertajamkan kemahiran dan kekal inklusif serta berhubungan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Penganjur Bersama Kejohanan Kiub Rubik Asia Marc Tang berkata kejohanan tahun ini dijangka disertai pemain kiub handalan dunia di samping bakat-bakat tempatan bertaraf antarabangsa seperti Hill Pong, Lim Hung, Tee Kai Yang, Ephraim Lim, Ivan Lew, Ang Chin Zhen, Ng Jia Quan dan Mohamad Adrian Syahirin Mohd Faizal.

Kenyataan itu memaklumkan sepanjang 50 tahun lepas, kiub rubik telah memberikan impak besar kepada budaya popular, pendidikan dan dunia penyelesaian teka-teki secara kompetitif.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan