SUKAN > BERITA

LAPANGAN KLGCC BUAT PEMAIN WANITA NO.2 DUNIA, LILIA VU GEMENTAR

23/10/2024 08:07 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pemain wanita nombor dua dunia Lilia Vu bersedia menghadapi cabaran berganda pada penampilan sulung pada Kejohanan Maybank 2024 yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok.

Pemain dari Amerika Syarikat itu bukan sahaja bimbang dengan saingan daripada barisan pemain bertaraf tinggi tetapi juga dengan corak lapangan mencabar venue kejohanan di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) di Bukit Kiara, di sini.

Namun, corak lapangan itulah yang paling merisaukannya apabila naib juara Terbuka Wanita British 2024 di St. Andrews, Scotland berkata lapangan di KLGCC menuntut ketepatan dan strategi seawal pukulan pertama.

“ Terdapat banyak kawasan kolam di sekitar tee. Jadi, (kami) perlu berhati-hati dan tahu arah angin serta di mana kedudukan terbaik untuk meletakkan bola.

"Lapangan ini juga agak berbukit...jadi anda perlu bermain dengan sudut-sudut berbeza di fairway dan tier yang berbeza. Saya rasa padang golf ini akan benar-benar menguji kemampuan terbaik dalam permainan kita," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengimbas prestasinya musim ini, Vu berkata bahawa dia telah beraksi dengan baik walaupun mengalami kecederaan belakang  tahun lepas dan berikrar akan memberikan yang terbaik di sini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan