SUKAN > BERITA

AZIZULHASNI KEMBALI BERKAYUH SEJAK OLIMPIK PARIS 2024

13/11/2024 06:21 PM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebook hari ini, beliau bagaimanapun bukanlah melakukan aktiviti itu di trek sebaliknya di atas jalan raya.

“Alhamdulillah hari pertama berkayuh sejak Olimpik Paris dan memang sebelum ini tidak sentuh basikal langsung. Alhamdulillah hari ini berkayuh dengan pasukan trek endurance dan lebuh raya Malaysia, pelapis-pelapis dan juara masa depan, insya-Allah.

“Kadang-kadang itu ada rasa tak payah sentuh basikal, tapi apa jua cabaran serta halangan kita pasti mampu mengatasinya dan kita bagi jadi,” katanya dalam video berkenaan.

Sebelum ini, status sama ada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang mendapat julukan The Pocket Rocketman itu untuk meneruskan kariernya sebagai atlet masih menjadi tanda tanya apabila beliau kekal dengan pendirian mengunci mulut berhubung perkara berkenaan.

Bagaimanapun baru-baru ini Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh memberikan bayangan Azizulhasni mungkin akan membuat kemunculan semula dalam beberapa pertandingan tahun depan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan