PETALING JAYA, 4 Dis (Bernama) -- Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Kongres Pemilihan badan induk itu tahun depan.
Perkara itu diumumkan beliau pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali ke-13 bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM di Kelana Jaya, di sini hari ini.
Hamidin dilantik sebagai Presiden FAM pada Julai 2018.
Pelantikan Hamidin menggantikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerajui kerusi nombor satu FAM itu diisytiharkan pada Kongres FAM ke-54.
Beliau kemudian berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal 2021-2025 selepas menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-57.
Hamidin merupakan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027 dan seorang daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan AFC.
Kongres Pemilihan FAM bagi penggal 2025-2029 dijadual berlangsung pada 15 Feb 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial