SUKAN > BERITA

SABAH FC SAHKAN SLOT KE SEPARUH AKHIR BERTEMU SRI PAHANG FC

23/12/2024 11:31 PM

KOTA KINABALU, 23 Dis (Bernama) -- Sabah FC berjaya mengesahkan slot separuh akhir Piala Malaysia bertemu Sri Pahang FC apabila mencatat agregat 1-0 dalam saingan suku akhir menentang Kuching City FC.

Pada perlawanan kedua suku akhir malam ini, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas di sini.

Perlawanan malam ini menyaksikan Kuching City FC lebih banyak mengatur gerakan serangan, namun pertahanan Skuad Badak yang dikemudi kapten Dominic Tan kental menyerap asakan pasukan pelawat itu.

Sabah FC gusar pada minit ke-51 apabila penjaga golnya Damien Lim dikatakan menjatuhkan Jordan Mintah dalam kotak penalti, namun pengadil Suhaizi Shukri tidak memberikan sepakan penalti selepas melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Suku akhir pertama pada 15 Dis di Stadium Negeri, Sarawak menyaksikan Sabah FC mencatat kemenangan 1-0 menentang Kuching City FC, dengan gol jaringan Muhammad Farhan Roslan.

Semalam Pahang FC yang layak ke separuh akhir selepas mengatasi Perak FC dengan agregat 4-3, sementara satu lagi saingan menyaksikan juara bertahan Johor Darul Ta'zim FC bertemu Terengganu FC.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan