SUKAN > BERITA

JDT, PSG JALIN KERJASAMA DALAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK

07/01/2025 09:43 PM

JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) -- Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain FC (PSG) akan menjalinkan kerjasama dalam pelbagai aspek pembangunan bola sepak.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, pemilik JDT itu telah mengadakan pertemuan dengan delegasi PSG diketuai Daniel Markham yang merupakan Ketua Kakitangan kepada Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi.

Satu persetujuan prinsipal telah dicapai, menurut hantaran itu, dan antara yang dibincangkan termasuk kerjasama dengan kelab-kelab bola sepak dimiliki Qatar Sports Investments meliputi pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi. 

“Tunku Mahkota Ismail turut menerima jemputan daripada Nasser Al-Khelaifi untuk ke Paris bagi melawat pusat latihan baharu PSG dan menghadiri perlawanan di Parc des Princes,” menurut hantaran itu. 

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan