SUKAN > BERITA

YEW SIN-EE YI MASIH MAHU REBUT TEMPAT DI OLIMPIK

11/01/2025 01:54 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jan  (Bernama) -- Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memberi bayangan akan meneruskan aksi di pentas antarabangsa dengan meletakkan sasaran layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Ee Yi berkata bersaing di Olimpik adalah impian setiap pemain dan bagi mengelak sesalan di masa depan beliau bertekad untuk berusaha mati-matian merebut tempat dalam sukan berpestij itu. 

“Kalau boleh nak bersaing di Sukan Olimpik sebab tak pernah lagi masuk. Dapat pijak gelanggang Sukan Olimpik pun sudah puas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui baru-baru ini. 

Sementara itu, Yew Sin mengakui cabaran utama mereka ialah bersaing dengan gandingan lebih muda dan meningkat naik, namun beliau dan Ee Yi akan bekerja keras untuk meraih slot di Olimpik.

“Saya  30 tahun dan Ee Yi pula 32 tahun, rasanya kami masih boleh bersaing untuk beberapa tahun lagi. Hati kami masih muda,” katanya.

Semalam, Yew Sin-Ee Yi tersingkir di suku akhir Terbuka Malaysia 2025 selepas tewas kepada gandingan India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 26-24, 21-14.

Pasangan nombor 24 dunia itu akan berdepan dengan gandingan nombor dua dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang di Terbuka India 2025 pada 14-19 Jan ini di New Delhi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan