SUKAN > BERITA

KINOSHI PUJI SEMANGAT JUANG SKUAD RED GIANTS

28/02/2025 09:26 AM

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Biarpun kerugian gagal mengutip tiga mata, ketua jurulatih Selangor FC Katsuhito Kinoshi tetap memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Beliau berkata walaupun ia bukan keputusan yang diinginkan, tapi memadai buat skuad Gergasi Merah yang mengekalkan mengekalkan defisit lapan mata dengan Sang Badak dalam perebutan bergelar naib juara Liga Super 2024-2025.

"Ia perlawanan yang sengit, kita mempunyai banyak peluang tapi gagal terjemahkan ke dalam gol. Sabah juga ada banyak peluang, dan inilah keputusannya 0-0.

"Kita masih dapat mengekalkan perbezaan lapan mata dengan Sabah,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Beliau berkata Selangor yang merekodkan 13 kemenangan setakat ini, tekad mencipta keputusan positif pada baki tiga perlawanan sebelum saingan liga menutup tirai.

Semalam, Selangor dan Sabah buntu untuk mencipta sebarang jaringan untuk terikat 0-0 selepas 90 minit perlawanan, menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua Liga Super dengan 43 mata diikuti Sabah ketiga dengan 35 mata.

Selangor dijadualkan berdepan Kelantan Darul Naim FC di Stadium MBPJ manakala Sabah menghadapi Terengganu FC di tempat lawan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan