SUKAN > BERITA

PEARLY FOKUS LATIHAN FIZIKAL, TINGKATKAN STAMINA

01/03/2025 05:14 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan menitikberatkan aspek stamina sebagai persediaan menghadapi kejohanan badminton Masters Orleans dan Seluruh England.

Beliau berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M. Thinaah.

“Saya lakukan latihan tumpukan kepada daya tahan. Harap dua kejohanan ini (Masters Orleans, Seluruh England) saya dpt perform dengan baik.

“Waktu sesi latihan juga kita ada cuba strategi berbeza dan harap ia boleh boleh digunakan untuk dua kejohanan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui baru-baru ini 

Mengenai sasaran di dua kejohanan berkenaan, Pearly berkata beliau dan pasangan mempunyai sasaran tersendiri namun enggan mendedahkannya.

“Target sudah tentu ada cuma benda itu dalam hati kami sendiri dan kami akan buat yang terbaik.

“Sebagai pemain, siapa yang tidak mahu menang, jadi kami akan beri aksi yang terbaik supaya nanti di kemudian hari tidak menyesal,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan