KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Sukan olahraga negara kehilangan seorang yang disegani apabila bekas jurulatih skuad kebangsaan, Harun Rasheed Othman menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 71 tahun.
Perkara itu disahkan Pengurus Besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Nurhayati Karim ketika dihubungi Bernama yang memaklumkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kajang hari ini.
“Allahyarham aktif melatih malah saya sendiri pernah berhubung dengan beliau mengenai atlet Selangor di bawah bimbingannya dalam acara lari berganti-ganti dan pecut,” katanya.
Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Harun Rasheed, yang juga bekas atlet dan jurulatih olahraga negara yang banyak berjasa kepada arena sukan tanah air.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” menurut hantaran itu.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial