SUKAN > BERITA

MASTERS ORLEANS: PERJALANAN PEARLY-THINAAH TERHENTI DI SUKU AKHIR

07/03/2025 11:25 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Hasrat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, untuk meraih gelaran sulung musim ini tidak kesampaian selepas tersingkir pada peringkat suku akhir Masters Orleans di Perancis, malam ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Palais des Sports, pasangan beregu keenam dunia itu terpaksa akur apabila ditewaskan oleh gandingan baharu China yang menghuni ranking ke-42 dunia, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, 15-21, 19-21 dalam tempoh 40 minit.

Nasib sama turut menimpa satu lagi gandingan wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, yang tersingkir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada beregu Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong 13-21, 11-21.

Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menarik diri daripada meneruskan aksi suku akhir menentang pasangan ranking ke-10 dunia dari Indonesia, Rehan Kusharjanto-Gloria Widjaja.

Keputusan itu dibuat selepas Su Yin difahamkan mengalami kecederaan buku lali.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan