SUKAN > BERITA

JDT LANTIK LUIS GARCIA SEBAGAI CEO BERMULA 1 APRIL

22/03/2025 01:40 AM

JOHOR BAHRU, 21 Mac (Bernama) -- Kelab gergasi Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta'zim (JDT) telah melantik pemenang Liga Juara-Juara Eropah dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Luis Garcia, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermula 1 April depan.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, pelantikan itu dilakukan berikutan penstrukturan bagi memperkuat serta memaksimumkan kepakaran dalam bidang pengurusan kelab.

“Bekas pemain Liverpool, Barcelona dan Atletico Madrid itu juga memegang Lesen Pro UEFA dan Sarjana Eksekutif UEFA untuk pemain antarabangsa, sebagai tambahan kepada peranan duta yang pernah dipegangnya untuk FIFA, UEFA dan LaLiga.

"Penstrukturan semula itu juga menyaksikan Alistair Edwards kini menggalas dua peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu dan Pengarah Teknikal kelab.

"Jawatan tersebut pernah disandang oleh bekas legenda antarabangsa Australia dan Johor dari 2017 hingga 2022, di mana beliau mencatatkan pembangunan belia dan membentuk kejayaan Akademi JDT,” menurut kenyataan tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan