KUCHING, 8 April (Bernama) -- Sarawak berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak sokongan dan kerjasama daripada badan sukan antarabangsa bagi menganjurkan acara sukan bertaraf dunia, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk menganjurkan pertandingan sukan sebagai komitmen ke arah menjadikan Sarawak sebagai kuasa besar sukan di Malaysia.
“Kami sedang berusaha untuk membawa lebih banyak acara sukan ke Sarawak. Kami berharap dapat sokongan seperti ini daripada Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF).
”Saya telah memaklumkan kepada Catherine Michie (wakil ITF) yang kami mahu menjadikan Sarawak kuasa besar sukan di Malaysia, memandangkan baru sahaja menganjurkan Sukan Malaysia 2024 dan akan bekerjasama menganjurkan Sukan SEA 2027,” katanya.
Abdul Karim berkata demikian pada majlis makan malam bersempena Kejohanan Kelayakan Akhir Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF Bawah 14 Tahun Asia-Oceania 2025 di sini malam tadi.
Kejohanan itu akan berlangsung dari 31 Mac hingga 15 April, melibatkan 18 negara yang bersaing untuk merebut tempat ke Pusingan Akhir Tenis Remaja Dunia ITF.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial