KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Gold laner Selangor Red Giants (SRG.OG) John Vincent Banal (Innocent) mempamerkan persembahan memukau apabila membantu juara musim lepas itu meraih kemenangan sulung 2-0 menentang Team VAMOS pada perlawanan pertama Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara di sini menggunakan format tiga terbaik, SRG.OG bermula kurang baik pada awal permainan aksi pertama apabila Team Vamos mendahului dengan skor kills 3-5.
Bagaimanapun anak buah Michael Angelo Bocado (Arcadia) bangkit selepas Innocent berjaya mendapatkan savage dengan membunuh semua lawannya pada minit ke-16 untuk menyamakan kedudukan.
Innocent yang merupakan satu-satunya pemain yang bertahan ketika itu mengambil peluang tersebut untuk memusnahkan kristal Team VAMOS sekali gus memastikan SRG.OG memenangi perlawanan pertama meskipun memperoleh skor skil yang sama iaitu 14-14 dalam tempoh hampir 17 minit.
Momentum itu dimanfaatkan sebaiknya SRG.OG pada perlawanan kedua apabila mudah menewaskan lawan dengan skor kills 14-1.
Kejayaan itu turut menyaksikan Innocent dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) perlawanan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial