KUANTAN, 24 April (Bernama) --Peminat Sri Pahang FC diseru membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Tok Gajah yang bakal berdepan penyandang juara, Johor Darul Ta'zim (JDT), pada aksi final Piala Malaysia, Sabtu ini.
Seruan itu dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menyifatkan pertemuan tersebut sebagai detik terbaik buat seluruh rakyat Pahang memberikan sokongan penuh kepada skuad bimbingan Fandi Ahmad.
Justeru, Wan Rosdy berharap peminat skuad Tok Gajah dapat menggunakan masa yang masih ada untuk membeli baki tiket perlawanan itu, tatkala penjualan tiket telah mencecah 60 peratus semalam.
“Saya menjangkakan Sri Pahang akan menang 2-1,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.
Untuk rekod, pasukan Sri Pahang pernah menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan penalti selepas seri 2-2 di pentas akhir Piala Malaysia 2014.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial