SUKAN > BERITA

PERSIAPAN KESELAMATAN, KEMUDAHAN PASTIKAN FINAL PIALA MALAYSIA LANCAR - HANNAH

26/04/2025 01:40 PM

GEORGE TOWN, 26 April (Bernama) -- Persiapan dari aspek keselamatan dan kemudahan telah dilengkapkan bagi memastikan kelancaran perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

“Kemudahan di Stadium Nasional Bukit Jalil memang sudah bersedia. Kita juga dapat kerjasama daripada polis dan saya yakin dengan peminat-peminat bola sepak Johor dan Pahang bahawa semua akan berjalan dengan lancar malam ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan 1st Penang Rowing Beach Sprint Coastal Championships 2025 di Penang Chinese Swimming Club, Tanjung Bungah di sini hari ini.

Kali terakhir JDT dan Sri Pahang bertemu di pentas final Piala Malaysia ialah pada musim 2014, menyaksikan skuad Tok Gajah muncul juara menerusi penentuan penalti 5-3 selepas terikat 2-2.

Untuk rekod, dalam saingan Liga Super musim ini, JDT mencatat dua kemenangan ke atas Sri Pahang masing-masing 3-0 dan 3-1..

JDT dalam misi mencipta sejarah selaku pasukan pertama memenangi triple-treble selepas menjulang kejuaraan Liga Super dan Piala FA musim ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan