SUKAN > BERITA

TARIKH AKHIR PENYERAHAN DOKUMEN PELESENAN KELAB DILANJUTKAN HINGGA 10 MEI – MFL

30/04/2025 01:48 PM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan tarikh akhir bagi kelab-kelab Liga Super memuat naik dokumen Pelesenan Kelab telah dilanjutkan sehingga 10 Mei ini.

Pengerusi First Instance Body (FIB) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan permohonan beberapa kelab yang meminta lanjutan masa untuk melengkapkan dokumentasi pelesenan mereka.

“Jawatankuasa FIB bersetuju untuk memberikan lanjutan masa kepada semua kelab bagi melengkapkan dokumen berkaitan Pelesenan Kelab Kitaran 2024–2025 untuk Lesen Kebangsaan di dalam sistem pelesenan AFC CLAS.

"FIB telah menetapkan 10 Mei 2025 sebagai tarikh akhir untuk semua kelab Liga Super melengkapkan dokumentasi pelesenan yang masih belum lengkap," katanya dalam kenyataan itu.

Beliau turut berharap lanjutan masa yang diberikan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua kelab bagi menyelesaikan segala dokumentasi sebelum tarikh akhir baharu tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan