SUKAN > BERITA

ARIF AIMAN PENJARING TERBANYAK TEMPATAN DENGAN 61 GOL

06/10/2025 06:28 PM

JOHOR BAHRU, 6 Okt (Bernama) -- Pemain  Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi, mencipta satu lagi detik bersejarah apabila menjadi penjaring terbanyak tempatan buat kelab Bolasepak JDT dengan 61 gol dalam semua pertandingan.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, Arif yang kini berusia 23 tahun, mencapai rekod berkenaan selepas meledak dua gol ketika membantu JDT membenam PDRM FC 7-0 dalam aksi Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu lepas.

Kenyataan itu menyebut, pencapaian tersebut membolehkan Arif mengatasi rekod 59 gol yang sebelum ini dipegang bekas kapten dan legenda kelab Safiq Rahim.

“Hanya dua pemain import, Bergson Da Silva dan Gonzalo Cabrera, menjaringkan lebih banyak gol buat JDT dengan masing-masing 166 dan 66 jaringan.

“Arif yang mencatatkan 170 penampilan turut melakukan 66 bantuan jaringan untuk kelab,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menyebut Arif telah menjaringkan 30 gol dalam saingan Liga Super Malaysia, diikuti lapan jaringan di Liga Juara-Juara AFC Elite, 10 di Piala FA, 12 di Piala Malaysia, dan satu di Piala Shopee.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan