SUKAN > BERITA

KEJOHANAN REMAJA DUNIA: PINGAT GANGSA DALAM GENGGAMAN ZI HENG-NORAQILAH

17/10/2025 07:59 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Beregu campuran remaja negara Loh Zi Heng-Noraqilah Maisarah Ramdan sudah mengesahkan sekurang-kurangnya pingat gangsa buat negara selepas mara ke pusingan separuh akhir pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025 di Guwahati, India hari ini.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Nasional, pilihan utama kejohanan itu mempamerkan aksi bertenaga untuk menundukkan wakil Indonesia Ikhsan Lintang Pramudya-Rinjani Kwinnara Nastine dengan kemenangan straight set 15-10, 15-8.

Gandingan negara itu akan bertemu wakil Taiwan Hung Bing Fu-Chou Yun An pada pusingan seterusnya.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi satu lagi beregu campuran remaja negara Tan Zhi Yang-Nicole Tan apabila tewas kepada gandingan Korea Selatan Lee Hyeong Woo-Cheon Hye In 15-17, 16-14, 6-15.

Sementara itu, kempen dalam acara perseorangan lelaki turut berakhir apabila Ayu Fu Sheng tunduk kepada pemain Indonesia Richie Duta Richardo 9-15, 9-15.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan