SUKAN > BERITA

HANNAH UCAP TAHNIAH KEPADA MOHAMAD YUSOF SAMBAR JERSI PELANGI KEJUARAAN DUNIA

21/10/2025 12:07 AM

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada atlet para negara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, atas kejayaan meraih pingat emas pertama dunia buat Malaysia di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Hannah berkata atlet berusia 28 tahun itu bukan sahaja juara dunia dalam acara pecut 200 meter (m) kategori MC1, tetapi turut menjadi atlet para pertama negara membawa pulang jersi pelangi.

“Jersi Pelangi adalah simbol kejuaraan dunia yang paling berprestij dalam sukan berbasikal. Malaysia bangga dengan anda dan seluruh pasukan Berbasikal Trek Para Malaysia,” katanya.

Mohamad Yusof menjadi atlet terpantas melintasi garisan penamat menewaskan pelumba Sepanyol Ricardo Ten Argiles dan atlet neutral Ivan Ermakov.

Ia merupakan pingat kedua diraih anak jati Kuala Kangsar, Perak itu selepas meraih pingat perak acara 1 kilometer kategori MC1.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan